Abdul Hadi: Pas tidak jadikan Islam senjata politik
21 Februari 2012
Sebaliknya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, politik
adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang telah menjadi tanggungjawab
bagi umatnya untuk berjuang menegakkan hukum Islam dalam kehidupan
mereka sehari-hari, termasuk urusan politik.
Sehubungan itu, menurutnya, tanggapan pihak tertentu bahawa parti itu
menggunakan agama sebagai senjata politik, sama sekali tidak benar.
“Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, bukan sebaliknya.
Kita tidak boleh mempolitikkan Islam, tetapi perlu mengislamkan politik.
Siapa kata politik terpisah daripada Islam?,” katanya ketika diminta
mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri
Zainul Abidin yang menggesa pemimpin politik supaya berhenti daripada
menggunakan agama sebagai senjata politik.
Abdul Hadi berkata, Islam sentiasa mengajar umatnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu.
“Bukan sahaja ikhlas dalam bersolat, tetapi dalam politik juga kita
perlu ikhlas. Ada orang berjuang dalam politik hendak dapatkan nama,
pangkat, projek atau harta, ini adalah tidak betul dan sudah tentu tidak
dapat pahala,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Dokumen
Negara Berkebajikan dan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan Pas kawasan
Kuala Pilah, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani; Ahli
Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Pesuruhjaya II
Pas Negeri, Abdul Rahman Ramli dan Yang Dipertua Pas Kuala Pilah,
Zaharuddin Othman.
Begitulah hujah Datuk Seri Hj Abd Hadi, pabila ada pihak menyatakan PAS menggunakan agama utk mendapatkan "kuasa".....Klu lah benar PAS ikhlas dlm perjuangkan Islam, mengapa mereka sanggup bsekongkol dgn DAP yg terang2 menentang Islam n mengapa mereka juga bsekongkol dgn PKR yg terang2 menyokong Israel n mengapa pula ada dkalangan tokoh2 kepimpinan PAS yg dtangkap melakukan perkara2 yg jelas melanggar hukum2 Allah.
No comments:
Post a Comment