Thursday 28 February 2013

Tunku Aziz: 'Janji manifesto Pakatan tidak munasabah'
Tunku Abdul Aziz keluar DAP
Tunku Abdul Aziz
PETALING JAYA –  Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengkritik  manifesto Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak munasabah dan tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji yang dibentangkan itu.

Ini berikutan manifesto itu dakwanya, menekankan janji-janji yang mustahil untuk dikotakan.

Beliau turut mempertikaikan kredibiliti pihak yang menghasilkan manifesto itu kerana mereka tidak berpengalaman dalam sistem pentadbiran negara.

“Manifesto ini telah dihasilkan pihak yang tidak pernah uruskan apa-apa dan sekalipun m ada pengalaman, mereka seharusnya sedar banyak janji-janji mereka sebelum ini, insentif yang dijanjikan, banyak yang terbengkalai dan tidak dilaksanakan.

“Mereka bercakap tentang meningkatkan pendapatan,  mereka hanya ikut apa kerajaan kata. Jika kerajaan kata (meningkatkan pendapatan) kepada RM3,000 mereka janji RM4,000,” katanya yang menyifatkan pembangkang bermain permainan bodoh.

Tunku Aziz berkata, berbeza dengan janji yang dikemukakan kerajaan persekutuan di mana ia dibentuk pasukan benar-benar pakar dalam ekonomi negara.

“Angka kerajaan disediakan pasukan pakar perbendaharaan, unit ekonomi dan Bank Negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Tropicana Golf & Country Resort, semalam.

Dengan merujuk Prestasi PR didakwanya tidak memberangsangkan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, Tunku Aziz berkata, tawaran itu tidak lebih sekadar janji manis.

No comments:

Post a Comment