Thursday 4 October 2012

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.
Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.
Sementara itu di SHAH ALAM, ketika diminta mengulas pendedahan blog berkenaan, Shuhaimi menafikan senarai tersebut mempunyai kaitan dengan kenyataan beliau berhubung 20 pemimpin kanan PKR yang berpotensi dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai perkara itu hanyalah satu gambaran umum bagi menjawab pertanyaan wartawan, siapakah yang boleh dilantik sebagai menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.
�Saya tidak pernah membuat kenyataan tentang 20 senarai pemimpin PKR yang akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Apa yang saya nyatakan ialah 20 pemimpin PKR yang saya fikir boleh dipertimbang memegang jawatan tersebut jika pakatan memenangi pilihan raya umum nanti, itu sahaja.
�Saya juga menafikan kenyataan itu mempunyai kaitan dengan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan menerusi laman blog. Di peringkat pakatan, tiada perbincangan dibuat mengenai Kabinet bayangan ini,�� katanya ketika dihubungi.
Shuhaimi berkata, beliau percaya kenyataannya cuba disensasikan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Pada Isnin lalu, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw mempersoalkan tindakan PKR menyenaraikan nama berkenaan.

No comments:

Post a Comment