Monday 6 February 2012

YB Dato Dr Hassan Ali

Seperti mana umum ketahui bahawa YB Dato Hassan Ali telah di drp keahlian PAS. Beliau dipecat bkn kerana salah guna kuasa, rasuah, meliwat, berzina atau sebagainya, tetapi beliau dipecat adalah kerana hendak menegakkan hukum2 Allah.........

Saya sendiri tidak faham bagaimana sebuah parti politik spt PAS yg kononnya ingin memperjuangkan Islam dan menegakkan hukum Allah boleh mencampakan kepimpinannya sendiri ketepi. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana PAS telah bersekutu dgn DAP dan PKR. Demi menjaga keutuhan sekutu mereka maka manusia yg bernama Hassan Ali telah menjadi korbannya.

Menurut kata YB Dato Hassan Ali di dlm ceramahnya di Dewan Tun Razak pada 06 Febuari 2012, bilangan rumah urut, pusat2 perjudian dan kegiatan2 yang tak bermoral semakin bertambah di negeri Selangor semejak PR memerintah jika dibandingkan dengan semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN, tapi beliau tidak dapat memberikan bilangan yang tepat terhadap perkara-perkara ini.

Kini beliau memperjuangkan IMR (Islam, Melayu & Raja2 Melayu). Perjuangan ini juga selaras dengan perlembagaan negara yang sedang didokong oleh UMNO. Dalam masa yg sama, kepentingan bangsa2 lain tidak diketepikan.

YB Dato Dr Hassan Ali juga menegaskan di dalam ceramahnya bahawa beliau langsung tidak bersetuju jika Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi PM. Beliau juga sgt tidak bersetuju dengan tindakan PAS mengugurkan asas perjuangan asal parti tersebut. Beliau secara terang-terangan mengkritik DAP dan PKR. Bagi beliau, dua buah perti inilah penyebabDi atas dasar-dasar inilah beliau telah dipecat oleh PAS.

Menurut beliau lagi, sudah ada cubaan untuk menukar corak pemerintahan negara ini kepada negara republik seperti Singapura......

2 comments:

  1. salam,

    saya sudah linkkan, maaf lambat sikit, salam perjuangan.

    ReplyDelete
  2. hidup UMNO, hidup BN....hahahaha

    ReplyDelete