Kilang Bihun Cap Masjid Tiba-Tiba Terbakar
Kuala
Lumpur – Kilang bihun yang gagal mematuhi aspek kebersihan dan
diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
minggu lalu dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu
7, Jalan Ipoh, kira-kira jam 3 pagisemalam.
Dalam kejadian awal pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang,
Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan
mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi
kejadian.
Menurutnya, apabila bomba tiba dilokasi
kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir memusnahkan kelima-lima
unit kilang terbabit.
“Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan
segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang
berhampiran,” katanya dipetik dari sebuah portal berita.