Friday 15 March 2013

Najib: 7 dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
  
Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
  
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
  
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.
  
Turut hadir Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.
  
Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata, sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.
  
Katanya, jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.
  
Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.
  
"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

Perdana menteri berkata, cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.
  
"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.
  
Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.
  
"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.
  
"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.
  
Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. -
PERGOLAKAN PAKATAN PEMBANGKANG PAHANG

Tinta dimaklumkan bahwa pergolakan dalaman pakatan pembangkang di negeri Pahang agak parah terutamanya di saat-saat hampir dgn PRU 13. Ini adalah kerana tiadanya kesepaktan sebenar dalam Pakatan Pembangkang. Ura-ura yang Tinta dengar akan berlaku boikot memboikot di kalangan jentera pakatan pembangkang

Jentera PAS Pahang akan memboikot semua calon-calon daripada PKR tidak kira di DUN atau Parlimen. Ini adalah kerana PKR Pahang telah mengumumkan calon-calon mereka tanpa persetujuan daripada pihak Pakatan Pembangkang Negeri seperti mana dipersetujui bersama sebelum ini.

Mengapa perkara ini berlaku? Pada pandangan Tinta pihak PKR berbuat sedemikian atas dasar tidak mempercayai rakan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP. Selain daripada itu juga, menampakkan bahawa PKR bersifat tamak. Mereka telah mengumumkan akan bertanding di 5 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dun di Negeri Pahang

Sunday 10 March 2013

Di Mana Pakatan Pembangkang?


Persoalan ini timbul di minda Tinta, tak kala kerajaan dan pelbagai pihak sedang bertungkus lumus untuk membebaskan bumi Sabah daripada pihak penceroboh. Anggota-anggota PDRM dan ATM bersabung nyawa demi kedaulatan negara tetapi pihak pembangkang membisu seribu bahasa. Apakah pihak pembangkang ini turut bersetuju dengan apa yang sedang berlaku di Sabah sekarang???????

Tinta agak terkilan dengan sikap pembangkang kerana sanggup mengadai apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai. Bagaimanalah agaknya kalau pihak pembangkang di takdirkan memerintah negara Malaysia yang tercinta ini?. Adakah mereka akan redha di atas pencerobohan yang berlaku? Dalam banyak isu yang timbul di dalam atau di luar negera, pihak pembangkang secepat kilat memberikan respon mereka tetapi mengapa tidak di dalam isu pencerobohan di Sabah.

Persoalan ini mungkin timbul di benak firkiran kebanyakan rakyat. Apakah pihak pembangkang takut atau malu untuk menyokong apa yang telah dilakukan oleh pihak PDRM dan ATM. Pada pandangan Tinta, ada benarnya jua mereka ini malu untuk mengakui hakikat sebenar kerana mereka sebelum ini sentiasa menghina atau memperlekehkan keupayaan pihak berkuasa.

Tinta berharap kepada pihak pembangkang agar dapat menerima hakikat bahawa keselamatan negara adalah keutamaan sebenar. Apa gunanya berpolitik kiranya negara hura hara. Mempertahankan tanah air adalah wajib bagi umah ISLAM. Ketepikanlah seketika kepentingan politik, marilah kita sama-sama memberi sokongan dan doa semoga pihak berkuasa kita berjaya dalam misi mereka untuk menghapuskan para penceroboh yang durjana...........

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan dan kejayaan kepada para pejuang-pejuang kami demi agamaMu, bangsa dan negara.....Kau kurniakanlah ihsanMu terhadap pejuang-pejuang kami yang telah gugur, Kau salutilah dengan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga pejuang-pejuang kami yang telah pergi......Amin

Thursday 7 March 2013

Peniaga beri hadiah penyapu kepada Guan Eng


GEORGETOWN - Seorang peniaga Mohamed Yacoob Mohamed Noor, 24, hari ini memberikan 'hadiah' penyapu buruk dan gaharu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-5 pakatan pembangkang mentadbir Pulau Pinang esok.
  
Beliau yang kehilangan bengkel motosikal selepas diroboh Majis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dua tahun lepas, berkata hadiah itu sebagai simbolik kedegilan ketua menteri itu untuk bertemu dengan rakyat bagi berunding sebarang masalah.
  
Mohamed Yacoob yang lebih dikenali sebagai "Yacoob Bebas" dan berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 itu berkata, rakyat negeri ini telah mula membenci Lim kerana keegoannya.
  
"(Lim) Guan Eng tidak sedar ke rakyat di negeri ini yang mengundi beliau sehingga (dapat) memerintah Pulau Pinang tetapi beliau masih enggan bertemu kami," katanya kepada pemberita di pusat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan Komtar di sini hari ini, yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri.
  
Namun usahanya bersama 10 yang lain untuk menyampaikan hadiah itu kepada Lim dihalang pengawal keselamatan tetapi ia diterima seorang petugas Pejabat Ketua Menteri................hehe...padan muka Guan Eng

Monday 4 March 2013

Umno saman jika Tian Chua tidak minta maaf

Tian Chua
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkannya dengan isu Lahad Datu, Sabah.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu.

“Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata Tengku Adnan, tindakan Tian Chua juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.

Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com.

“Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno," katanya.

Tengku Adnan berkata, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Umno.

“Umno tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

“Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya lagi.
Anak Suluk kecam pencerobohan

Faizal Sisar
Faizal Sisar
SENAI – Persatuan Suluk Bersatu Sabah mengecam perbuatan kumpulan pengikut Sultan Sulu menceroboh Lahad Datu dan Semporna sehingga berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa.

Pemangku Presiden, Faizal Sisar berkata, tindakan kumpulan bersenjata itu yang berjuang menuntut Sabah bukan sahaja sia-sia, malah merupakan satu jenayah antarabangsa.

“Kami orang Suluk sendiri mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju tindakan mencabul kedaulatan negara (Malaysia). Kami warga Suluk berpaksi kepada Agong dan Kerajaan Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai, mempunyai peluang pekerjaan dan pendidikan yang baik di sini," katanya pada sidang media, semalam.

Faizal berkata, persatuan itu mempunyai 800,000 keahlian di seluruh Malaysia dan hampir 20,000 di Johor yang menjadi pengundi di negara ini.

Beliau berharap kes pencerobohan ini diatasi segera kerana mereka tidak mempunyai hak ke atas Sabah.

“Apa yang penting kini, satu rundingan perlu diadakan dan kerajaan perlu memberi penerangan fakta sebenar, Sabah telah digadaikan dan tidak boleh dituntut, orang Suluk telah bersetuju masuk Malaysia dan menjadi rakyat negara ini.

“Jangan terpengaruh dan berasa ingin berkuasa mempengaruhi tentera DiRaja Suluk, yang tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan telah hilang kedaulatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Persatuan Suluk Bersatu Sabah cawangan Johor, Yusop Abdoa sedih dengan insiden yang berlaku.

“Kita orang Sabah keturunan Sulu amat sedih dan anggap perkara ini (menceroboh) adalah tidak wajar.

“Bagi kami apa pun permasalahan pastinya boleh dilakukan secara rundingan dan tidak mahu melihat pertumpahan darah dari mana-mana pihak.

"Saya sendiri ada menghubungi saudara mara di sana, dan mereka juga sedih dengan kejadian ini, biarpun berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sunday 3 March 2013

Abby kritik rakan artis

Abby Abadi
Abby Abadi
PASIR GUDANG – Selebriti dan pelakon yang sedang giat menyertai ceramah di atas pentas Pakatan Rakyat (PR), Abby Abadi, menyelar golongan artis yang menyokong Umno yang disifatkan sebagai hanya menjaga periuk nasi semata-mata.

Berceramah di Permas Jaya, di sini, malam kelmarin, beliau turut menyifatkan artis pada masa kini sebagai kurang peka terhadap perkembangan politik negara.

Dakwanya, golongan artis terpaksa menyokong Umno kerana percaya rezeki berada di tangan parti yang dianggap keramat itu.

“Artis dipanggil ke program Umno sekadar untuk menarik orang ramai dan menghiburkan rakyat. Sedangkan tidak pernah diberi peluang bercakap mengenai politik di atas pentas kerana tidak diberi pendedahan.

“Situasi ini menjadi cabaran kepada saya untuk mentarbiah kawan-kawan kerana mereka menyokong Umno.

"Pada mereka kalau tak sokong Umno mereka tak ada ‘job’,” katanya yang mengakui tidak pernah mengundi dan percaya ramai rakan artis juga gagal berbuat demikian kerana tidak diberi pendedahan.